Wednesday, October 27, 2010
Lawatan dari IPG Kampus Tun Hussien Onn
Butiran lawatan :
Tarikh : 28 Oktober 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Abdul Jalil
** Datang awal ya,AJK-AJK? Terima kasih.
Taklimat Peperiksaan
Tarikh : 28 Oktober 2010
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Dewan Nik Muhyidin Musa
Monday, October 4, 2010
Majlis Hari Raya Siswi
Majlis Hari Raya Siswi akan diadakan pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 6 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dataran GERKO, IPG KPI.
Pakaian : Pakaian raya - sopan dan menutup aurat
Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. ^__^
Friday, July 23, 2010
WIRING.....
Makluman untuk proses 'wiring' blok di Kolej Kediaman IPG KPI....
bermula dengan blok C (Siti Khadijah).....
Tarikh pengosongan bilik penghuni blok C adalah pada 26 Julai 2010(Isnin)....
Penghuni akan berpindah ke blok D dan blok E....
kepada mereka yg ingin menetap di luar...
sila berurusan dengan PENYELIA ASRAMA secepat mungkin....
proses 'wiring' akan mengambil masa mungkin dalam 3 minggu....
diharapkan anda semua dapat bersabar....
ini semua untuk kebaikan bersama~~~~
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.....
Friday, July 2, 2010
Malam Mesra Penghuni Baru
Bagi meraikan kemasukan penghuni baru ke kolej kediaman, 3 blok muslimat telah bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan Malam Mesra Penghuni Baru bagi penghuni muslimat di ketiga-tiga blok berkenaan.
Tarikh : 7 Julai 2010
Masa : 8.45 malam - 11.00 malam
Tempat : Kafeteria Perempuan
Pakaian : Sopan dan menutup aurat
** Perhatian : Peghuni baru dikehendaki untuk memakai tudung berwarna putih.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!
Monday, June 28, 2010
Bermula Kembali!!
Selamat kembali semula ke bumi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan islam ini. Lebih kurang 3 minggu kita semua bercuti, pastinya mash ada antara kita yang masih terkenangkan suasana di kampung halaman.
Semester baru bermula lagi. Semoga kedatangan semester baru ini akan meningkatkan semangat kita semua ke arah menjadi bakal murabbi sejati. InsyaAllah.
Kepada sahabat-sahabat yang mula berpraktikum minggu ini, selamat berpraktikum kepada anda semua. Buat sahabat yang lain, selamat memulakan kuliah seperti biasa.
Tidak lupa kepada pelajar baru yang akan mula mendaftarkan diri bermula pada minggu ini, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan ke institut ini. Selamat menjadi warga baru bidang keguruan. Minggu Pengurusan Pelajar Baru ambilan Jun 2010 akan dijalankan selama seminggu. Mohon kerjasama warga institut, amalkan 5 S.
Perhatian : AJK MPBB 2010 yang akan bertugas sepanjang minggu ini, Selamat Bertugas kepada anda semua. Ikhlaskan hati, jagalah akhlak. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Amin.
Wednesday, May 12, 2010
Lawatan Balas IPG Kampus Ilmu Khas
Monday, April 12, 2010
Perhatian Semua!!
Sidang PENA ingin memaklumkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.
1. Pelaksanaan Bulan Keceriaan Kolej Kediaman
Bulan Keceriaan Kolej Kediaman akan dilaksanakan bermula pada 12 April 2010 sehingga 12 Mei 2010. Untuk makluman semua Gotong-Royong Perdana akan diadakan sekali lagi dalam tempoh Bulan Keceriaan Kolej Kediaman ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu:
- kebersihan tandas di setiap blok
- papan kenyataan di setiap blok
- pemilihan 5 bilik contoh
- pemilihan 5 bilik tercantik (bagi bilik yang bukan bilik contoh)
2. Pelaksanaan bacaan Al-Mulk
Mohon perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman terutamanya Ketua Blok/Pen. Ketua Blok/AJK Kerohanian blok agar memastikan bacaan surah Al-Mulk dapat dilaksanakan setiap malam hari Rabu. Masa pelaksanaan bacaan terpulang kepada persetujuan blok masing-masing.
3. Gempur Subuh!!
Bermula pada hari Jumaat ini (16 April 2010) akan dimulakan pelaksanaan program Gempur Subuh!! penghuni muslimin dikehendaki berkumpul di dataran blok A manakala penghuni muslimat dikehendaki berkumpul di dataran blok C seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Lawatan Mahabbah IPG Kampus Ilmu Khas

Assalamualaikum semua..Pena kembali menemui anda semua..
Kesempatan yang terluang dalam kesibukan menyiapkan assignment membuatkan barisan Pena Astana tidak dapat meng'update' blog rasmi Kolej Kediaman ini. Namun, bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai barisan Pena, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Lawatan Mahabbah Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas. Pihak Kolej Kediaman yang diketuai oleh Cik Norzihan dan penyelia, Encik Halize berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas yang telah sudi menerima kedatangan semua Exco Kolej Kediaman, AJK Biro Kolej Kediaman, barisan JPP yang terpilih dan semua yang turut sama menyertai lawatan mahabbah ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada ketetapan yang berikut:
Terima kasih atas layanan baik dan pertukaran info serta pandangan mengenai pengurusan kolej kediaman. Untuk makluman semua, IPG Kampus Ilmu Khas telah menjadi Johan bagi Pertandingan Keceriaan dan Pengurusan Kolej Kediaman IPG peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Diharapkan segala manfaat yang diperoleh daripada lawatan berkenaan dapat diaplikasikan dan dijadikan teladan oleh kita semua.
Monday, February 22, 2010
KOT datang lagi
Tok, tok, tok....Assalamualaikum semua!!!!
Lama rasanya PENA tak mengemaskini blog kediaman kita ini..Dah bersawang rasanya, hehe..
PENA minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat mengemaskini blog ini untuk permulaan di Tahun baru 2010 ini. PENA rasa mesti penghuni-penghuni semua dah memasang tekad dan azam di tahun baru ini kan?? Berubah ke arah kebaikan dan memantapkan lagi skill dalam profesion perguruan ini mungkin itu azam dan tekad sesetangah penghuni kat IPG kita ini..Baguslah kalau itu azam penghuni semua semoga tercapai niat baik kita itu, insyaallah..
Tahun baru mestilah ada perlantikan AJK baru kan? Kolej Kediaman pun tak ketinggalan melakukan perkara yang sama, bukan bermakna AJK yang lama tidak bagus menjalankan tanggungjawab tetapi untuk memberi peluang kepada penghuni atau pelajar yang turut dapat merasa pengalaman menjadi AJK di bawah Biro Kolej Kediaman demi memantapkan lagi kualiti pengurusan Kolej Kediaman kita. Di samping itu juga dengan adanya AJK yang baru pada kali ini percambahan idea dapat di lakukan kerana mungkin ada di antara AJK baru yang di lantik pernah memegang jawatan di sekolah berasrama ataupun institusi yang sebelumnya, maka dapatlah kita berkongsi pengalaman antara satu sama lain demi melancarkan pengurusan.
Untuk pengetahuan semua penghuni, PENA juga tidak ketinggalan mendapat seorang sahabat yang baru bersama-sama PENA berganding bahu untuk menjalankan tugas seranta. Dan dah semestinya lah membantu PENA mengemaskini blog ini, =) Biar PENA kenalkan nama sahabat PENA yang baru di lantik memegang jawatan sebagai Biro Publisiti dan Seranta. Namanya Zainureen. Doakan kami agar dapat menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan dan menjadi medium penyampaian maklumat kepada penghuni-penghuni semua.
Kita lupakan sejenak, kita beralih pula ke aktiviti yang bakal berlangusung pada hari Rabu ini.. Rasanya semua penghuni dah tahu mengenai Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI. Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai KOT tu boleh melihat butiran di bawah :
Nama Aktiviti : Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI
Tarikh : 24 Febuari 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Astaka Padang
Di harapkan agar semua penghuni dapat beramai-ramai memeriahkan KOT pada kali ini,dan diharapkan juga nanti janganlah ada penghuni yang akan berlari-lari anak pulang ke Hostel masing-masing untuk merehatkan minda di fikiran sambil merasai keenakan dan kelembutan tilam di bikil masing-masing, hehe. Ingat nanti kena denda dengan Ketua Unit Disiplin dan Kolej Kediaman. Ingatlah tanggunjawab kita yea =)
MAKLUMAT PENTING!!!!
1. Penghuni perlu menandatangani borang kehadiran sebelum kejohanan dan selepas kejohanan berlangsung
2. Pada hari Khamis (25 Febuari 2010) adalah cuti peristiwa
"Majulah Sukan Untuk Negara"
Saturday, October 24, 2009
PERHATIAN!!!!
Maklumat majlis Malam Pesona Mahabbah adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa: 9.00-11.30 malam
Tempat: Astaka Stadium Khalid (muslimin)&Kafeteria perempuan (muslimat)
Kehadiran adalah diwajibkan..
TERIMA KASIH!!!!
Alhamdulillah,prestasi dan persediaan IPG kita antara yang terbaik memandangkan segala perfailan kemas dan mengikut prosedur yang sepatutnya,kawasan kolej kediaman dalam keadaan teratur dan layanan dan sambutan yang diberikan oleh setiap blok kolej kediaman kepada rombongan pemantau mesra dan sopan..Inilah antara 'feedback' yang kita terima daripada pasukan pemantau yang nampaknya berpuas hati dengan persediaan yang kita lakukan.
Secara keseluruhan, keadaan prasarana dan infrasturktur luaran yang disediakan di kolej kediaman IPG kita memuaskan hati pasukan pemantau tapi dalam keseronokan menerima pujian,ada beberapa perkara yang perlu kita renungkan bersama. Lebih kurang 'post-mortem' lah nie..Pihak kami hanya menyampaikan dan harap anda menerima teguran pasukan pemantau BPG ini secara baik dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik sekaligus memberikan imej penghuni kolej kediaman yang baik pada tatapan umum.
Antara perkara yang diberikan teguran ialah:
1. Kehadiran kucing di blok kolej kediaman kita menyebabkan suasana kolej kediaman agak kurang kondusif. Hal ini kerana, menurut salah seorang pegawai berkenaan : Kehadiran kucing di blok penginapan pelajar akan mengundang penyebaran beberapa penyakit seperti asma dsb. Jadi, selepas nie mungkin ketua blok dan penghuninya ada cara macam mana nak kurangkan kehadiran kucing nie kerana pihak kami turut mendapati kehadiran bapak kucing, mak kucing dan anak2 kucing menyebabkan riak muka para pagawai ini agak kurang senang. Mohon perhatian anda yer??
2. Dalam sesi pemantauan ini, bilik2 terpilih dibuka menggunakan 'masterkey'. Salah satu perkara yang ditegur ialah penggantungan baju2 di dalam bilik2. Kehadiran baju2 anda yang bergantung adalah salah satu perkara yang ditegur kerana rekod BPG menunjukkan penyebaran penyakit asma dan batuk dalam kalangan penghuni kolej kediaman/tempat penginapan pelajar adalah disebabkan oleh kehadiran habuk atau hama yang berpunca daripada baju2 yang bergantungan di dlaam bilik. Keadaan baju yang bergantungan di dalam bilik ini juga menjadikan pemandangan mata yang kurang enak dan menimbulkan bau yang kurang selesa sedangkan pihak kami sedia maklum bahawa bilik2 anda memang cantik2 belaka.Tapi lagi cantik kan kalau tiada baju2 yang bergantungan tu???
3. Pihak BPG amat2 mengharapkan kolej kediaman IPG kita terutamanya ketua2 blok meneruskan usaha2 mengindahkan kolej kediaman dan diharapkan dapat dikekalkan kerana pihak mereka berhajat untuk membuat pantauan sekali lagi pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Terima kasih atas segala usaha dan penat-lelah anda. Setinggi2 penghargaan kepada:
Para warden, pengurusan Kolej Kediaman IPG-KPI, organisasi Kolej Kediaman 2009/2010, ketua2 blok kolej kediaman yang turut sama merasai tempoh persediaan pemantauan BPG ini dan semua penghuni kolej kediaman yang rata-rata mengorbankan waktu rehat dan tidur petang, bersengkang mata menahan ngantuk dan berhabis tenaga dan wang bagi memastikan kolej kediaman masing2 dalam keadaan teratur, kemas dan kondusif. Alhamdulillah,semoga usaha ini berkekalan hendaknya. Amin.
Thursday, October 22, 2009
PEMANTAUAN KOLEJ KEDIAMAN
Moga-moga anda semua sihat2 sentiasa dan dirahmati Allah hendaknya. Maaf kerana sudah lama tidak meng'update' maklumat dan berita baru buat anda. Kesibukan dengan beberapa perkara menjelang pemantauan bagi Pertandingan Keceriaan Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat Kebangsaan menghalang niat Unit Seranta kami di bawah Kolej Kediaman ini untuk sentiasa menulis di blog rasmi ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum,pasukan pemantau daripada Bahagian Pendidikan Guru(BPG) akan mengadakan pemantauan di 27 IPG seluruh Malaysia bagi Pertandingan Keceriaan Kolej Kediaman IPG SeMalaysia 2009. Aspek penyediaan infrastruktur dan fizikal amatlah dititikberatkan selain daripada keceriaan kolej kediaman. Hal yang sedemikian, mohon perhatian anda membuat semakan terakhir sebelum kedatangan pasukan pemantau yang secara rasminya akan berkunjung ke IPG Kampus Pendidikan Islam kita ini pada:
Tarikh : 23 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : bermula pada 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kolej Kediaman IPG KPI
Pastikan semua blok kolej kediaman A, B, C, D dan E dalam keadaan yang kemas, ceria dan bersih. Pihak kami di Biro Kolej Kediaman pasti para penghuni kolej kediaman kita masing-masing bersungguh-sungguh dan bersaing dalam memastikan blok anda menarik, tertarik dan memang the boom!! Alhamdulillah... Terima kasih banyak2 atas kerjasama dan perhatian anda. Moga2 segala usaha dan penat lelah anda semua akan terbayar dengan penilaian yang baik daripada pasukan pemantau BPG pada esok hari. InsyaAllah..Doa2kanlah ya???
Tuesday, September 15, 2009
Majlis Khatam Al-Quran&Iftar Perdana
Monday, July 20, 2009
Adik Baru!!
Seminggu sudah warga IPGM Kampus Pendidikan Islam ini menerima ahli baru. Seramai 232 orang pelajar PPISMP ambilan Julai 2009 telah melaporkan diri pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas. Mereka telah dibahagikan kepada 14 buah kelas. Alhamdulillah, meskipun IPGM kita mengalami kepdatan penghuni Kolej Kediaman pada masa ini namun tidak terdapat sebarang masalah mengenai penempatan tempat tinggal pelajar dilaporkan buat masa ini. Ternyata IPGM ini masih mampu menampung penambahan pelajar-pelajarnya.
Secara ringkasnya, adik-adik junior yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun ini ditempatkan secara rawak di blok asrama masing-masing tanpa mengambil kira kursus/opsyen yang diambil. Makanya, keadaan ini adalah jauh berbeza dengan senior-senior yang terdahulu yang ditempatkan dalam satu blok asrama yang sama mengikut opsyen yang diambil. Tapi tidak mengapa...Inilah masa untuk meramaikan kenalan, bukan?
Pihak Kolej Kediaman berharap agar anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana di bumi IPGM Kampus Pendidikan Islam ini dan Insya Allah bakal menjadi guru yang berkebolehan pada satu hari nanti. Sebarang kerosakan bolehlah disalurkan kepada Pejabat Asrama di Blok C atau berhubung terus dengan Exco dan Naib Exco Kolej Kediaman..
Kepada adik2 baru,jom zoom in muka2 yang bertuah yang sempat di'snap' oleh AJK yang bertugas pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru yang lepas.
Perginya Seorang Pendidik...
Apalah yang dibincangkan tu??khusyuk nampaknya ayahanda mendengar Tuan Pengarah kita berceloteh.
Persembahan khas oleh Persatuan Pekomperi IPGM Kampus Pendidikan Islam..
Monday, July 6, 2009
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pastinya semua sedia maklum mengenai majlis perpisahan yang akan diadakan pada malam esok bersempena dengan perpindahan Tuan Haji Sasman bin Yasir ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim sebagaimana yang telah dikatakan oleh saudara Mohd Kamil Ujang pada perhimpunan mingguan semalam.
Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman ini akan diadakan pada:
Saturday, July 4, 2009
Entri Semester Baru!
Pembaharuan telah dilakukan kepada blog Kolej Kediaman ini berikutan pelbagai respon yang diterima daripada pengunjung blog..AJK Kolej Kediaman turut mengambil keputusan untuk membuat pembetulan mengenai salah faham yang muncul sebelum ini berdasarkan perkara di bawah dan berbincang mengenai beberapa isu:
1. Blog ini bukanlah blog persendirian sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.Penggunaan perkataan 'ana' telah dipersetujui oleh AJK yang hadir pada Mesyuarat Kolej Kediaman yang kedua iaitu pada 11 Mei 2009.Perkara ini telah dirujuk kepada Exco Kolej Kediaman,saudara Mohd Kamil bin Ujang dan saudari Siti Hajar.Exco Kolej Kediaman bersetuju dengan penggunaan 'ana' bagi menggantikan panggilan kata ganti nama diri penulis Pena Astana yang menjadi wakil kepada warga penghuni asrama dan bahagian Kolej Kediaman khususnya.
- Perkara berbangkit:
Atas sebab salah faham sekali lagi dibangkitkan oleh beberapa pihak,AJK Seranta bahagian Kolej Kediaman telah berbincang dan bersetuju untuk menukar panggilan ganti nama sekali lagi.Kami bersetuju manggunakan panggilan PENA bagi barisan moderator Pena Astana.Mohon maaf atas salah faham yang timbul sebelum ini.Terima kasih di atas respon anda.Semoga salah faham sebelum ini tidak mencacatkan ukhwah sesama kita.

2. Rasanya masih belum terlambat kiranya kami di barisan Pena Astana dan Kolej Kediaman mengucapkan "Selamat Datang, Ahlan Wahsalan dan Welcome" kepada pelajar-pelajar KPLI ambilan Jun yang mendaftar pada 22 Jun yang lalu.Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam ini.Semoga kita dapat bersama-sama memartabatkan profession keguruan.InsyaAllah..
3. Pada semester ini,kita telah menerima kehadiran warden yang baru iaitu Encik Ali Ahmad yang akan menjadi warden bagi blok kolej kediaman muslimat,blok C menggantikan Ustazah Normah.Selamat datang ke dalam keluarga kolej kediaman.Semoga warden yang baru ini akan bersama-sama kita memacu kecemerlangan asrama kolej kediaman kita.InsyaAllah.
4. Pada pertengahan bulan ini,kita akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru sekali lagi.Kali ini adik-adik junior PPISMP ambilan Julai pula menyusul sebanyak 15 kelas.InsyaAllah.
5. Sebarang aduan kerosakan atau hal berkaitan asrama boleh disalurkan terus kepada Exco Kolej Kediaman, saudara Mohd Kamil, saudari Siti Hajar atau berhubung terus ke Pejabat Penyelia Asrama.
Semoga semester baru ini berjalan dengan baik hingga akhirnya,dipermudahkan setiap urusan kita,dirahmati setiap perjalanannya.Amin.
Saturday, May 16, 2009
Tribute Buat Guru!!
Assalamualaikum..Selamat pagi sahabat-sahabat warga pendidik. Entri pagi ini berkisar tentang hari yang rasanya turut berkaitan dengan kita iaitu Hari Guru. Meskipun belum bergelar guru namun sebagai bakal guru, pastinya kita turut terkena tempiasnya bukan?
Anda golongan yang bagaimana di bangku sekolah dahulu? Yang baik dan sopan segala atau yang nakal bagai tak ingat dunia? Kalau anda seorang yang pelajar yang baik di sekolah, Alhamdulillah. Semoga anda terus menjadi pendidik bangsa yang baik jua. Tapi bagi yang agak nakal di sekolah, ingin kami bertanya pula kepada anda:
Anda sayang cikgu anda? Selalu kena marah? Selalu kena rotan tak buat kerja sekolah? Atau selalu kena rotan sebab anda nakal di sekolah? (kategori nakal - ponteng kelas, datang lewat + tidur di dalam kelas)... Percaya atau tidak, kebanyakan anak murid yang nakal di sekolah adalah mereka yang akan sentiasa mengingati guru-guru mereka apabila meninggalkan bangku sekolah. Ini pengakuan seorang guru yang telah mengajar lebih 30 tahun.
Hari ini, semua insan yang bergelar ustaz ustazah, cikgu, teacher atau apa2 panggilan lain yang membawa maksud insan yang mendidik, menegur dan mentarbiah tanpa memohon balasan menyambut Hari Guru. Insan yang bernama cikgu itu tidak pernah mengaku hebat, tidak pernah menyatakan lelah, tidak pernah mengadu penat, tidak mengejar nama dan populariti hanya cukup sekadar anak didiknya berjaya dengan cemerlang dengan harapan anak muridnya teguh menghadapi onak kehidupan ibarat akar yang kuat mencengkam Bumi.
Semoga kita semua akan menjadi guru yang disayangi, rapat di sisi pelajar, sentiasa berada dalam doa para pelajar kita satu hari nanti. Insya Allah. Buat bekas guru-guru yang pernah mengajar kami, guru-guru yang banyak mendidik kami dan buat sahabat-sahabat bakal pendidik, kami di pihak Pena Astana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga antum semua diredhai Allah dan berada dalam rahmat-Nya sepanjang perjalanan mendidik anak bangsa. Amin..
Tertarik dengan puisi seorang sahabat yang ditujukan khas buat guru-guru.
Thursday, May 14, 2009
Detik Semakin Hampir
Tips Menguatkan Ingatan
1. Elakkan makan kepala ikan
2. Elakkan makan bahan dalaman haiwan
3. Elakkan minum semasa makan
4. Elakkan minum dan makan yang tercemar dengan semut
5. Elakkan makan sehingga terlalu kenyang
6. Elakkan membuang air kecil berdiri
7. Elakkan melihat kemaluan
8. Elakkan membaca nama di batu nisan
9. Elakkan daripada sering melihat buih
10. banyakkan makan bahan makanan yang mengandungi kacang soya
11. Banyakkan makan buah badam dan juga kekacang yang lain
12. Jaga kebesihan tubuh badan
Sesungguhnya perkara-perkara di atas hanyalah tips namun Allah jua yang menentukan segalanya. Maka, mohonlah petunjuk dan hidayah darinya dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. InsyaAllah..
Di kesempatan ini, diucapkan SELAMAT BERJAYA kepada anda semua. Semoga kejayaan milik kita bersama. Jangan lupa datang ke masjid malam ini. Ada Majlis Solat Hajat Perdana. Semoga setiap doa kita dimakbulkan oleh Allah. Amin..
