Wednesday, September 24, 2008

Jamuan Perdana Akhir Tahun Kolej Kediaman

InsyaAllah pihak biro kolej kediaman IPIS 2008 akan menganjurkan satu majlis jamuan perdana akhir tahun bagi semua penghuni kolej kediaman IPIS. Mengikut perancangan awal, majlis ini akan diadakan pada minggu kedua selepas cuti Aidilfitri dan sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wednesday, September 17, 2008

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Berpuasa!

Masih sempat rasanya untuk kami di PENA ASTANA™ mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kini sudah separuh purnama kita menunaikan salah satu daripada 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Sepanjang bulan Ramadhan ini yang juga secara kebetulan tarikhnya seiring dengan bulan September (1 Ramadhan = 1 September), penghuni-penghuni di kolej kediaman diberi sedikit kebebasan terutamanya untuk keluar membeli juadah berbuka, berterawikh di luar dan keluar bersahur. Namun, jangan jadikan semua itu untuk kita bersenang-lenang mengabaikan tanggungjawab kita sebagai penghuni di kolej kediaman ini.

InsyaAllah, buletin PENA ASTANA™ akan diterbitkan seperti biasa terutamanya untuk edisi khas Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Kami di PENA ASTANA™ akan terus memberikan komitmen yang terbaik sebagai 'SUARA' penghuni di kolej kediaman yang tercinta ini.

Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah..Semoga kita terus diberkati dan dilimpahi rahmat oleh-Nya,amin..

Friday, September 12, 2008

Senarai Jawatankuasa Biro Kolej Kediaman IPIS 2008/2009

Pengerusi : Mohd Kamil bin Hj Ujang (PISMP2.05)
N. Pengerusi : Ain Naziha binti Abdul Majid (PISMK6.03)
Setiausaha : Nurul Asilah binti Kamarudein (PPISMP3.01)
Naib S/U : Syafiqah Izwah binti Ishak (PPISMP3.03)
Bendahari : Teoh Yin Han (PISMK6.03)

AJK:

Penerbitan :
Mohd Nazmi bin Jaafar (PISMP2.01)
Dzulhakim bin Baharom (PISMK6.03)
Norfazila binti Suradi (PISMP2.03)
Mohd Shayzreen bin Roslan (PPISMP PA/BA/BI)
Nurul Ayuani binti Mohd Noor (PPISMP3.08)
Sharlini a/p Maniam (PPISMP3.04)

Keceriaan/Kebersihan :
Mohd Amirullah Maula bin Ismail (PPISMP3.01)
Suraya binti Mohd Zaki (PPPR4T3

Kebajikan :
Muhd Nawawi bin Kandar (PISMP2.01)
Siti Hajar binti Musa (PPISMP3.04)

Peralatan :
Mohd Fakhrul Hafiz bin Hanafi (PPISMP3.02)
Nurul Najwa binti Mohd Azmi (PISMP2.05)

Disiplin :
Mohd Syahmi bin Nordin (PISMP2.02)
Nurul Wahida binti Ishak (PISMK6.01)

Keselamatan :
Mohd Firdaus bin Adam (PISMK6.01)
Afifah binti Arifin (PISMK6.02)

Sukan :
Nur Hakim bin Mohamed Nor (PPPR4T4.01)
Nurul Asyikin binti Tahir (PPPR4T4.02)

Pena Astana kini secara 'online'

Assalamualaikum w.b.t,
pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses menerbitkan buletin rasmi kolej kediaman Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS), Pena Astana. Pena Astana (PA) adalah buletin rasmi bagi kolej kediaman IPIS yang mula diterbitkan pada tahun 2007 di bawah Biro Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPIS sesi 2007/2008. Kesinambungan ini terus disambung oleh perwakilan dan biro yang seterusnya bagi sesi kali ini iaitu sesi 2008/2009 dan sekali gus menyaksikan perubahan yang ketara dalam penerbitan PA ini.

Pena Astana seperti yang tersedia maklum bertindak sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan kolej kediaman di samping memberi peluang kepada para penghuni kolej kediaman IPIS untuk menyumbangkan idea dan pendapat serta mengadu sebarang kelemahan yang mungkin dapat diperbaiki oleh pihak biro kolej kediaman.

Pena Astana kini berwajah baru dan seterusnya telah melangkah lebih tinggi ke arah dimensi baru. Selain kandungannya yang lebih interaktif dan mesra pengguna, Pena Astana kini telah muncul secara atas talian (online)!, sekali gus memudahkan lagi penyampaian dan penerimaan maklumat di kolej kediaman IPIS ini.