Monday, April 12, 2010

Perhatian Semua!!

Assalammualaikum kepada semua penghuni kolej kediaman yang budiman,
Sidang PENA ingin memaklumkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.

1. Pelaksanaan Bulan Keceriaan Kolej Kediaman
Bulan Keceriaan Kolej Kediaman akan dilaksanakan bermula pada 12 April 2010 sehingga 12 Mei 2010. Untuk makluman semua Gotong-Royong Perdana akan diadakan sekali lagi dalam tempoh Bulan Keceriaan Kolej Kediaman ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu:
- kebersihan tandas di setiap blok
- papan kenyataan di setiap blok
- pemilihan 5 bilik contoh
- pemilihan 5 bilik tercantik (bagi bilik yang bukan bilik contoh)

2. Pelaksanaan bacaan Al-Mulk
Mohon perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman terutamanya Ketua Blok/Pen. Ketua Blok/AJK Kerohanian blok agar memastikan bacaan surah Al-Mulk dapat dilaksanakan setiap malam hari Rabu. Masa pelaksanaan bacaan terpulang kepada persetujuan blok masing-masing.

3. Gempur Subuh!!
Bermula pada hari Jumaat ini (16 April 2010) akan dimulakan pelaksanaan program Gempur Subuh!! penghuni muslimin dikehendaki berkumpul di dataran blok A manakala penghuni muslimat dikehendaki berkumpul di dataran blok C seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Lawatan Mahabbah IPG Kampus Ilmu Khas



Assalamualaikum semua..Pena kembali menemui anda semua..
Kesempatan yang terluang dalam kesibukan menyiapkan assignment membuatkan barisan Pena Astana tidak dapat meng'update' blog rasmi Kolej Kediaman ini. Namun, bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai barisan Pena, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Lawatan Mahabbah Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas. Pihak Kolej Kediaman yang diketuai oleh Cik Norzihan dan penyelia, Encik Halize berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas yang telah sudi menerima kedatangan semua Exco Kolej Kediaman, AJK Biro Kolej Kediaman, barisan JPP yang terpilih dan semua yang turut sama menyertai lawatan mahabbah ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 8 April 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : IPG Kampus Ilmu Khas
Ahli : 40 orang

Terima kasih atas layanan baik dan pertukaran info serta pandangan mengenai pengurusan kolej kediaman. Untuk makluman semua, IPG Kampus Ilmu Khas telah menjadi Johan bagi Pertandingan Keceriaan dan Pengurusan Kolej Kediaman IPG peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Diharapkan segala manfaat yang diperoleh daripada lawatan berkenaan dapat diaplikasikan dan dijadikan teladan oleh kita semua.