Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Majlis Hari Raya Siswi



Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung


Assalamualaikum.
Majlis Hari Raya Siswi akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dataran GERKO, IPG KPI.
Pakaian : Pakaian raya - sopan dan menutup aurat

Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. ^__^


Friday, July 2, 2010

Malam Mesra Penghuni Baru

Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua..
Bagi meraikan kemasukan penghuni baru ke kolej kediaman, 3 blok muslimat telah bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan Malam Mesra Penghuni Baru bagi penghuni muslimat di ketiga-tiga blok berkenaan.

Tarikh : 7 Julai 2010
Masa : 8.45 malam - 11.00 malam
Tempat : Kafeteria Perempuan
Pakaian : Sopan dan menutup aurat

** Perhatian : Peghuni baru dikehendaki untuk memakai tudung berwarna putih.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Balas IPG Kampus Ilmu Khas


Assalamualaikum buat semua penghuni Kolej Kediaman IPG-KPI..
Untuk makluman semua, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas akan membuat lawatan balas ke IPG Kampus Pendidikan Islam pada ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Mei 2010
Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang-6.00 petang
Amalkan 5 'S'
llll

Monday, April 12, 2010

Perhatian Semua!!

Assalammualaikum kepada semua penghuni kolej kediaman yang budiman,
Sidang PENA ingin memaklumkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.

1. Pelaksanaan Bulan Keceriaan Kolej Kediaman
Bulan Keceriaan Kolej Kediaman akan dilaksanakan bermula pada 12 April 2010 sehingga 12 Mei 2010. Untuk makluman semua Gotong-Royong Perdana akan diadakan sekali lagi dalam tempoh Bulan Keceriaan Kolej Kediaman ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu:
- kebersihan tandas di setiap blok
- papan kenyataan di setiap blok
- pemilihan 5 bilik contoh
- pemilihan 5 bilik tercantik (bagi bilik yang bukan bilik contoh)

2. Pelaksanaan bacaan Al-Mulk
Mohon perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman terutamanya Ketua Blok/Pen. Ketua Blok/AJK Kerohanian blok agar memastikan bacaan surah Al-Mulk dapat dilaksanakan setiap malam hari Rabu. Masa pelaksanaan bacaan terpulang kepada persetujuan blok masing-masing.

3. Gempur Subuh!!
Bermula pada hari Jumaat ini (16 April 2010) akan dimulakan pelaksanaan program Gempur Subuh!! penghuni muslimin dikehendaki berkumpul di dataran blok A manakala penghuni muslimat dikehendaki berkumpul di dataran blok C seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Lawatan Mahabbah IPG Kampus Ilmu Khas



Assalamualaikum semua..Pena kembali menemui anda semua..
Kesempatan yang terluang dalam kesibukan menyiapkan assignment membuatkan barisan Pena Astana tidak dapat meng'update' blog rasmi Kolej Kediaman ini. Namun, bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai barisan Pena, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Lawatan Mahabbah Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas. Pihak Kolej Kediaman yang diketuai oleh Cik Norzihan dan penyelia, Encik Halize berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas yang telah sudi menerima kedatangan semua Exco Kolej Kediaman, AJK Biro Kolej Kediaman, barisan JPP yang terpilih dan semua yang turut sama menyertai lawatan mahabbah ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 8 April 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : IPG Kampus Ilmu Khas
Ahli : 40 orang

Terima kasih atas layanan baik dan pertukaran info serta pandangan mengenai pengurusan kolej kediaman. Untuk makluman semua, IPG Kampus Ilmu Khas telah menjadi Johan bagi Pertandingan Keceriaan dan Pengurusan Kolej Kediaman IPG peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Diharapkan segala manfaat yang diperoleh daripada lawatan berkenaan dapat diaplikasikan dan dijadikan teladan oleh kita semua.

Monday, February 22, 2010

KOT datang lagi

Bismillahirahmanirahim..


Tok, tok, tok....Assalamualaikum semua!!!!
Lama rasanya PENA tak mengemaskini blog kediaman kita ini..Dah bersawang rasanya, hehe..
PENA minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat mengemaskini blog ini untuk permulaan di Tahun baru 2010 ini. PENA rasa mesti penghuni-penghuni semua dah memasang tekad dan azam di tahun baru ini kan?? Berubah ke arah kebaikan dan memantapkan lagi skill dalam profesion perguruan ini mungkin itu azam dan tekad sesetangah penghuni kat IPG kita ini..Baguslah kalau itu azam penghuni semua semoga tercapai niat baik kita itu, insyaallah..


Tahun baru mestilah ada perlantikan AJK baru kan? Kolej Kediaman pun tak ketinggalan melakukan perkara yang sama, bukan bermakna AJK yang lama tidak bagus menjalankan tanggungjawab tetapi untuk memberi peluang kepada penghuni atau pelajar yang turut dapat merasa pengalaman menjadi AJK di bawah Biro Kolej Kediaman demi memantapkan lagi kualiti pengurusan Kolej Kediaman kita. Di samping itu juga dengan adanya AJK yang baru pada kali ini percambahan idea dapat di lakukan kerana mungkin ada di antara AJK baru yang di lantik pernah memegang jawatan di sekolah berasrama ataupun institusi yang sebelumnya, maka dapatlah kita berkongsi pengalaman antara satu sama lain demi melancarkan pengurusan.


Untuk pengetahuan semua penghuni, PENA juga tidak ketinggalan mendapat seorang sahabat yang baru bersama-sama PENA berganding bahu untuk menjalankan tugas seranta. Dan dah semestinya lah membantu PENA mengemaskini blog ini, =) Biar PENA kenalkan nama sahabat PENA yang baru di lantik memegang jawatan sebagai Biro Publisiti dan Seranta. Namanya Zainureen. Doakan kami agar dapat menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan dan menjadi medium penyampaian maklumat kepada penghuni-penghuni semua.


Kita lupakan sejenak, kita beralih pula ke aktiviti yang bakal berlangusung pada hari Rabu ini.. Rasanya semua penghuni dah tahu mengenai Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI. Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai KOT tu boleh melihat butiran di bawah :


Nama Aktiviti : Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI
Tarikh : 24 Febuari 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Astaka Padang




Di harapkan agar semua penghuni dapat beramai-ramai memeriahkan KOT pada kali ini,dan diharapkan juga nanti janganlah ada penghuni yang akan berlari-lari anak pulang ke Hostel masing-masing untuk merehatkan minda di fikiran sambil merasai keenakan dan kelembutan tilam di bikil masing-masing, hehe. Ingat nanti kena denda dengan Ketua Unit Disiplin dan Kolej Kediaman. Ingatlah tanggunjawab kita yea =)


MAKLUMAT PENTING!!!!


1. Penghuni perlu menandatangani borang kehadiran sebelum kejohanan dan selepas kejohanan berlangsung


2. Pada hari Khamis (25 Febuari 2010) adalah cuti peristiwa




"Majulah Sukan Untuk Negara"

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Khatam Al-Quran&Iftar Perdana

Hari nie akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana..berkumpul di blok C bagi pelajar muslimat dan dataran Blok A bagi pelajar muslimin...Marilah sama-sama memeriahkan sambutan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana ni..sambil2 mengeratkan siratulrahim antara kita,dapat jugak mengutip pahala..Selamat Beramal!

Monday, July 20, 2009

Adik Baru!!

Ahlan Wahsalan, Welcome, Anyong Haseyo dan Selamat Datang ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam!!!

Seminggu sudah warga IPGM Kampus Pendidikan Islam ini menerima ahli baru. Seramai 232 orang pelajar PPISMP ambilan Julai 2009 telah melaporkan diri pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas. Mereka telah dibahagikan kepada 14 buah kelas. Alhamdulillah, meskipun IPGM kita mengalami kepdatan penghuni Kolej Kediaman pada masa ini namun tidak terdapat sebarang masalah mengenai penempatan tempat tinggal pelajar dilaporkan buat masa ini. Ternyata IPGM ini masih mampu menampung penambahan pelajar-pelajarnya.

Secara ringkasnya, adik-adik junior yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun ini ditempatkan secara rawak di blok asrama masing-masing tanpa mengambil kira kursus/opsyen yang diambil. Makanya, keadaan ini adalah jauh berbeza dengan senior-senior yang terdahulu yang ditempatkan dalam satu blok asrama yang sama mengikut opsyen yang diambil. Tapi tidak mengapa...Inilah masa untuk meramaikan kenalan, bukan?

Pihak Kolej Kediaman berharap agar anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana di bumi IPGM Kampus Pendidikan Islam ini dan Insya Allah bakal menjadi guru yang berkebolehan pada satu hari nanti. Sebarang kerosakan bolehlah disalurkan kepada Pejabat Asrama di Blok C atau berhubung terus dengan Exco dan Naib Exco Kolej Kediaman..

Kepada adik2 baru,jom zoom in muka2 yang bertuah yang sempat di'snap' oleh AJK yang bertugas pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru yang lepas.









Monday, July 6, 2009

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Pastinya semua sedia maklum mengenai majlis perpisahan yang akan diadakan pada malam esok bersempena dengan perpindahan Tuan Haji Sasman bin Yasir ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim sebagaimana yang telah dikatakan oleh saudara Mohd Kamil Ujang pada perhimpunan mingguan semalam.

Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman ini akan diadakan pada:

Tarikh: 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 9.30 malam
Pakaian:
Pelajar lelaki - baju melayu
Pelajar perempuan - baju kurung
Ketua blok dan ketua aras diminta ke dewan malam ini untuk aktiviti persiapan dewan bagi majlis malam esok.Kehadiran anda diwajibkan.Kerjasama daripada anda amatlah diharapkan.