Friday, October 29, 2010

Assalamualaikum w.b.t

MAKLUMAN UNTUK PROSES PEMULANGAN KUNCI BAGI PELAJAR PPISMP SEMESTER 3 AMBILAN JULAI 2009

ANDA TIDAK PERLU MEMULANGKAN KUNCI BILIK ANDA~~~~(berita gembira)

Hal ini demikian kerana, menurut HEP dan pihak pengurusan asrama sendiri, TIDAK ADA pelajar yang akan meninggalkan/berpindah/bertukar IPG....Justeru, anda berkemungkinan besar akan tinggal di bilik yang sama....sekian harap maklum....sebarang pertukaran akan dimaklumkan segera....

Mohon kerjasama anda untuk TIDAK MENGHILANGKAN kunci+keychain bilik anda....jagalah ia sebaik mungkin...


KERJASAMA DAN PERHATIAN ANDA AMAT KAMI HARGAI....

Wednesday, October 27, 2010

Lawatan dari IPG Kampus Tun Hussien Onn

Lawatan dari pihak IPG Kampus Tun Hussien Onn akan bertandang ke Kolej Kediaman IPG Kampus Pendidikan Islam esok. Mohon kerjasama semua AJK Biro Kolej Kediaman dan penghuni kolej kediaman yang terlibat untuk memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran program lawatan. Terima kasih.

Butiran lawatan :

Tarikh : 28 Oktober 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Abdul Jalil

** Datang awal ya,AJK-AJK? Terima kasih.

Taklimat Peperiksaan

Assalamualaikum warga IPG KPI semua. Moga semua berada dalam keadaan yang baik. Jagalah kesihatan anda kerana tarikh peperiksaan semakin dekat. Kesihatan yang baik membantu kita melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Bercakap mengenai peperiksaan, jangan lupa ya menghadirkan diri untuk Taklimat Peperiksaan sesi Jun-Oktober esok. Wajib kepada semua batch ya? Butiran mengenai taklimat berkenaan ialah :

Tarikh : 28 Oktober 2010
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Dewan Nik Muhyidin Musa

Monday, October 4, 2010

Majlis Hari Raya Siswi



Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung


Assalamualaikum.
Majlis Hari Raya Siswi akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dataran GERKO, IPG KPI.
Pakaian : Pakaian raya - sopan dan menutup aurat

Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. ^__^


Friday, July 23, 2010

WIRING.....

Assalamualaikum
Makluman untuk proses 'wiring' blok di Kolej Kediaman IPG KPI....
bermula dengan blok C (Siti Khadijah).....
Tarikh pengosongan bilik penghuni blok C adalah pada 26 Julai 2010(Isnin)....
Penghuni akan berpindah ke blok D dan blok E....
kepada mereka yg ingin menetap di luar...
sila berurusan dengan PENYELIA ASRAMA secepat mungkin....
proses 'wiring' akan mengambil masa mungkin dalam 3 minggu....
diharapkan anda semua dapat bersabar....
ini semua untuk kebaikan bersama~~~~
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.....

Friday, July 2, 2010

Malam Mesra Penghuni Baru

Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua..
Bagi meraikan kemasukan penghuni baru ke kolej kediaman, 3 blok muslimat telah bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan Malam Mesra Penghuni Baru bagi penghuni muslimat di ketiga-tiga blok berkenaan.

Tarikh : 7 Julai 2010
Masa : 8.45 malam - 11.00 malam
Tempat : Kafeteria Perempuan
Pakaian : Sopan dan menutup aurat

** Perhatian : Peghuni baru dikehendaki untuk memakai tudung berwarna putih.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!

Monday, June 28, 2010

Bermula Kembali!!

Assalamualaikum.. Salam ukhwah buat semua.
Selamat kembali semula ke bumi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan islam ini. Lebih kurang 3 minggu kita semua bercuti, pastinya mash ada antara kita yang masih terkenangkan suasana di kampung halaman.

Semester baru bermula lagi. Semoga kedatangan semester baru ini akan meningkatkan semangat kita semua ke arah menjadi bakal murabbi sejati. InsyaAllah.

Kepada sahabat-sahabat yang mula berpraktikum minggu ini, selamat berpraktikum kepada anda semua. Buat sahabat yang lain, selamat memulakan kuliah seperti biasa.

Tidak lupa kepada pelajar baru yang akan mula mendaftarkan diri bermula pada minggu ini, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan ke institut ini. Selamat menjadi warga baru bidang keguruan. Minggu Pengurusan Pelajar Baru ambilan Jun 2010 akan dijalankan selama seminggu. Mohon kerjasama warga institut, amalkan 5 S.

Perhatian : AJK MPBB 2010 yang akan bertugas sepanjang minggu ini, Selamat Bertugas kepada anda semua. Ikhlaskan hati, jagalah akhlak. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Amin.

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Balas IPG Kampus Ilmu Khas


Assalamualaikum buat semua penghuni Kolej Kediaman IPG-KPI..
Untuk makluman semua, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas akan membuat lawatan balas ke IPG Kampus Pendidikan Islam pada ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Mei 2010
Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang-6.00 petang
Amalkan 5 'S'
llll

Monday, April 12, 2010

Perhatian Semua!!

Assalammualaikum kepada semua penghuni kolej kediaman yang budiman,
Sidang PENA ingin memaklumkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh anda semua.

1. Pelaksanaan Bulan Keceriaan Kolej Kediaman
Bulan Keceriaan Kolej Kediaman akan dilaksanakan bermula pada 12 April 2010 sehingga 12 Mei 2010. Untuk makluman semua Gotong-Royong Perdana akan diadakan sekali lagi dalam tempoh Bulan Keceriaan Kolej Kediaman ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu:
- kebersihan tandas di setiap blok
- papan kenyataan di setiap blok
- pemilihan 5 bilik contoh
- pemilihan 5 bilik tercantik (bagi bilik yang bukan bilik contoh)

2. Pelaksanaan bacaan Al-Mulk
Mohon perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman terutamanya Ketua Blok/Pen. Ketua Blok/AJK Kerohanian blok agar memastikan bacaan surah Al-Mulk dapat dilaksanakan setiap malam hari Rabu. Masa pelaksanaan bacaan terpulang kepada persetujuan blok masing-masing.

3. Gempur Subuh!!
Bermula pada hari Jumaat ini (16 April 2010) akan dimulakan pelaksanaan program Gempur Subuh!! penghuni muslimin dikehendaki berkumpul di dataran blok A manakala penghuni muslimat dikehendaki berkumpul di dataran blok C seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Lawatan Mahabbah IPG Kampus Ilmu Khas



Assalamualaikum semua..Pena kembali menemui anda semua..
Kesempatan yang terluang dalam kesibukan menyiapkan assignment membuatkan barisan Pena Astana tidak dapat meng'update' blog rasmi Kolej Kediaman ini. Namun, bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai barisan Pena, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Lawatan Mahabbah Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas. Pihak Kolej Kediaman yang diketuai oleh Cik Norzihan dan penyelia, Encik Halize berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kolej Kediaman IPG Kampus Ilmu Khas yang telah sudi menerima kedatangan semua Exco Kolej Kediaman, AJK Biro Kolej Kediaman, barisan JPP yang terpilih dan semua yang turut sama menyertai lawatan mahabbah ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 8 April 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : IPG Kampus Ilmu Khas
Ahli : 40 orang

Terima kasih atas layanan baik dan pertukaran info serta pandangan mengenai pengurusan kolej kediaman. Untuk makluman semua, IPG Kampus Ilmu Khas telah menjadi Johan bagi Pertandingan Keceriaan dan Pengurusan Kolej Kediaman IPG peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Diharapkan segala manfaat yang diperoleh daripada lawatan berkenaan dapat diaplikasikan dan dijadikan teladan oleh kita semua.

Monday, February 22, 2010

KOT datang lagi

Bismillahirahmanirahim..


Tok, tok, tok....Assalamualaikum semua!!!!
Lama rasanya PENA tak mengemaskini blog kediaman kita ini..Dah bersawang rasanya, hehe..
PENA minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat mengemaskini blog ini untuk permulaan di Tahun baru 2010 ini. PENA rasa mesti penghuni-penghuni semua dah memasang tekad dan azam di tahun baru ini kan?? Berubah ke arah kebaikan dan memantapkan lagi skill dalam profesion perguruan ini mungkin itu azam dan tekad sesetangah penghuni kat IPG kita ini..Baguslah kalau itu azam penghuni semua semoga tercapai niat baik kita itu, insyaallah..


Tahun baru mestilah ada perlantikan AJK baru kan? Kolej Kediaman pun tak ketinggalan melakukan perkara yang sama, bukan bermakna AJK yang lama tidak bagus menjalankan tanggungjawab tetapi untuk memberi peluang kepada penghuni atau pelajar yang turut dapat merasa pengalaman menjadi AJK di bawah Biro Kolej Kediaman demi memantapkan lagi kualiti pengurusan Kolej Kediaman kita. Di samping itu juga dengan adanya AJK yang baru pada kali ini percambahan idea dapat di lakukan kerana mungkin ada di antara AJK baru yang di lantik pernah memegang jawatan di sekolah berasrama ataupun institusi yang sebelumnya, maka dapatlah kita berkongsi pengalaman antara satu sama lain demi melancarkan pengurusan.


Untuk pengetahuan semua penghuni, PENA juga tidak ketinggalan mendapat seorang sahabat yang baru bersama-sama PENA berganding bahu untuk menjalankan tugas seranta. Dan dah semestinya lah membantu PENA mengemaskini blog ini, =) Biar PENA kenalkan nama sahabat PENA yang baru di lantik memegang jawatan sebagai Biro Publisiti dan Seranta. Namanya Zainureen. Doakan kami agar dapat menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan dan menjadi medium penyampaian maklumat kepada penghuni-penghuni semua.


Kita lupakan sejenak, kita beralih pula ke aktiviti yang bakal berlangusung pada hari Rabu ini.. Rasanya semua penghuni dah tahu mengenai Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI. Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai KOT tu boleh melihat butiran di bawah :


Nama Aktiviti : Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 IPG KPI
Tarikh : 24 Febuari 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Astaka Padang




Di harapkan agar semua penghuni dapat beramai-ramai memeriahkan KOT pada kali ini,dan diharapkan juga nanti janganlah ada penghuni yang akan berlari-lari anak pulang ke Hostel masing-masing untuk merehatkan minda di fikiran sambil merasai keenakan dan kelembutan tilam di bikil masing-masing, hehe. Ingat nanti kena denda dengan Ketua Unit Disiplin dan Kolej Kediaman. Ingatlah tanggunjawab kita yea =)


MAKLUMAT PENTING!!!!


1. Penghuni perlu menandatangani borang kehadiran sebelum kejohanan dan selepas kejohanan berlangsung


2. Pada hari Khamis (25 Febuari 2010) adalah cuti peristiwa




"Majulah Sukan Untuk Negara"