Monday, July 20, 2009

Adik Baru!!

Ahlan Wahsalan, Welcome, Anyong Haseyo dan Selamat Datang ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam!!!

Seminggu sudah warga IPGM Kampus Pendidikan Islam ini menerima ahli baru. Seramai 232 orang pelajar PPISMP ambilan Julai 2009 telah melaporkan diri pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas. Mereka telah dibahagikan kepada 14 buah kelas. Alhamdulillah, meskipun IPGM kita mengalami kepdatan penghuni Kolej Kediaman pada masa ini namun tidak terdapat sebarang masalah mengenai penempatan tempat tinggal pelajar dilaporkan buat masa ini. Ternyata IPGM ini masih mampu menampung penambahan pelajar-pelajarnya.

Secara ringkasnya, adik-adik junior yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun ini ditempatkan secara rawak di blok asrama masing-masing tanpa mengambil kira kursus/opsyen yang diambil. Makanya, keadaan ini adalah jauh berbeza dengan senior-senior yang terdahulu yang ditempatkan dalam satu blok asrama yang sama mengikut opsyen yang diambil. Tapi tidak mengapa...Inilah masa untuk meramaikan kenalan, bukan?

Pihak Kolej Kediaman berharap agar anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana di bumi IPGM Kampus Pendidikan Islam ini dan Insya Allah bakal menjadi guru yang berkebolehan pada satu hari nanti. Sebarang kerosakan bolehlah disalurkan kepada Pejabat Asrama di Blok C atau berhubung terus dengan Exco dan Naib Exco Kolej Kediaman..

Kepada adik2 baru,jom zoom in muka2 yang bertuah yang sempat di'snap' oleh AJK yang bertugas pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru yang lepas.









Perginya Seorang Pendidik...

Assalamualaikum..
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh anda yang menghadirkan diri ke Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman bin Yasir sempena perpindahan beliau ke IPGM Temenggung Ibrahim. Alhamdulillah, majlis berkenaan telah berjalan dengan lancar. Meskipun berlangsung dalam keadaan yang sederhana namun kemeriahan tetap dirasai apabila penghuni-penghuni kolej kediaman memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung. Terima Kasih! ^ - ^
Ramai yang tertanya-tanya kenapa laporan mengenai Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman masih belum ditulis di sini. Maafkan kami, masalah mendapatkan 'wireles' yang berlaku di asrama agak menyukarkan bahagian seranta Kolej Kediaman untuk meng'update' laporan majlis berkenaan. Namun, Alhamdulillah masalah itu berjaya ditangani. Jadi, jom zoom in gambar2 di bawah...Manalah tahu kalau2 ada muka anda yang terselit dalam gambar2 sepanjang majlis berkenaan berlangsung. Selamat Mencari.....

Ucapan daripada Tuan Pengarah, Tuan Haji Amin bin Rashid.

Ucapan amanat daripada ayahanda tersayang, Tuan Haji Sasman bin Yasir..
Ucapan daripada Exco Kolej Kediaman, saudara Mohd Kamil bin Ujang.

Ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis..

Antara ajk-ajk yang terlibat sepanjang majlis berlangsung..


Apalah yang dibincangkan tu??khusyuk nampaknya ayahanda mendengar Tuan Pengarah kita berceloteh.

Tanda ingatan daripada Bahagian Pengurusan Kolej Kediaman.
Wakil daripada penghuni-penghuni Kolej Kediaman.
Jom..makan free!!sempat lagi ber'posing' sambil menjamu selera.

Kak, jangan rebut2...beratur dulu kak...sumer dapat, jangan risau...


Persembahan khas oleh Persatuan Pekomperi IPGM Kampus Pendidikan Islam..

Senyuman seorang pendidik...Berakhir sudah khidmatmu di sini..Terima Kasih!

Kemesraan dengan pelajar masih jelas tergambar di saat-saat akhir khidmatnya di sini.

Barisan Pengurusan Kolej Kediaman yang turut sama memeriahkan Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman.

Monday, July 6, 2009

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Pastinya semua sedia maklum mengenai majlis perpisahan yang akan diadakan pada malam esok bersempena dengan perpindahan Tuan Haji Sasman bin Yasir ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim sebagaimana yang telah dikatakan oleh saudara Mohd Kamil Ujang pada perhimpunan mingguan semalam.

Majlis Lambaian Kasih bersama Tuan Haji Sasman ini akan diadakan pada:

Tarikh: 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 9.30 malam
Pakaian:
Pelajar lelaki - baju melayu
Pelajar perempuan - baju kurung
Ketua blok dan ketua aras diminta ke dewan malam ini untuk aktiviti persiapan dewan bagi majlis malam esok.Kehadiran anda diwajibkan.Kerjasama daripada anda amatlah diharapkan.

Saturday, July 4, 2009

Entri Semester Baru!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pembaharuan telah dilakukan kepada blog Kolej Kediaman ini berikutan pelbagai respon yang diterima daripada pengunjung blog..AJK Kolej Kediaman turut mengambil keputusan untuk membuat pembetulan mengenai salah faham yang muncul sebelum ini berdasarkan perkara di bawah dan berbincang mengenai beberapa isu:

1. Blog ini bukanlah blog persendirian sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.Penggunaan perkataan 'ana' telah dipersetujui oleh AJK yang hadir pada Mesyuarat Kolej Kediaman yang kedua iaitu pada 11 Mei 2009.Perkara ini telah dirujuk kepada Exco Kolej Kediaman,saudara Mohd Kamil bin Ujang dan saudari Siti Hajar.Exco Kolej Kediaman bersetuju dengan penggunaan 'ana' bagi menggantikan panggilan kata ganti nama diri penulis Pena Astana yang menjadi wakil kepada warga penghuni asrama dan bahagian Kolej Kediaman khususnya.
- Perkara berbangkit:
Atas sebab salah faham sekali lagi dibangkitkan oleh beberapa pihak,AJK Seranta bahagian Kolej Kediaman telah berbincang dan bersetuju untuk menukar panggilan ganti nama sekali lagi.Kami bersetuju manggunakan panggilan PENA bagi barisan moderator Pena Astana.Mohon maaf atas salah faham yang timbul sebelum ini.Terima kasih di atas respon anda.Semoga salah faham sebelum ini tidak mencacatkan ukhwah sesama kita.



2. Rasanya masih belum terlambat kiranya kami di barisan Pena Astana dan Kolej Kediaman mengucapkan "Selamat Datang, Ahlan Wahsalan dan Welcome" kepada pelajar-pelajar KPLI ambilan Jun yang mendaftar pada 22 Jun yang lalu.Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam ini.Semoga kita dapat bersama-sama memartabatkan profession keguruan.InsyaAllah..

3. Pada semester ini,kita telah menerima kehadiran warden yang baru iaitu Encik Ali Ahmad yang akan menjadi warden bagi blok kolej kediaman muslimat,blok C menggantikan Ustazah Normah.Selamat datang ke dalam keluarga kolej kediaman.Semoga warden yang baru ini akan bersama-sama kita memacu kecemerlangan asrama kolej kediaman kita.InsyaAllah.

4. Pada pertengahan bulan ini,kita akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru sekali lagi.Kali ini adik-adik junior PPISMP ambilan Julai pula menyusul sebanyak 15 kelas.InsyaAllah.
5. Sebarang aduan kerosakan atau hal berkaitan asrama boleh disalurkan terus kepada Exco Kolej Kediaman, saudara Mohd Kamil, saudari Siti Hajar atau berhubung terus ke Pejabat Penyelia Asrama.

Semoga semester baru ini berjalan dengan baik hingga akhirnya,dipermudahkan setiap urusan kita,dirahmati setiap perjalanannya.Amin.