Friday, April 17, 2009

Alhamdulillah...

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum kesemuanya.
Alhamdulillah..Itulah yang kita harus ucapkan sekarang. Masalah air yang berlaku minggu lepas telah selesai. Maka,tiada lagi rungutan daripada penghuni yang sukar untuk menguruskan diri mereka terutamanya untuk mandi. Tiada lagi gurauan yang mengatakan kaum muslimat tidak mandi! Bersyukurla kerana masalah air yang timbul ini telah selesai. Selepas ini, pandai-pandaila sahabat-sahabat semua menjimatkan air..Moga-moga masalah yang berlaku tidak berulang lagi.

Terima kasih kepada kakitangan di Pejabat Penyelia Asrama dengan kerjasama Exco Kolej Kediaman telah berusaha mencari jalan penyelesaian mengatasimasalah ketiadaan air selama beberapa hari minggu lepas. Berjimatlah dalam penggunaan air. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan. Nauzubillah. Moga kita dijauhkan termasuk dalam golongan ini.

Rombongan rekreasi yang dianjurkan oleh penghuni-penghuni muslimin di blok A dan B telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, penganjuran aktiviti rekreasi bersama-sama ini dapat mengeratkan hubungan sesama penghuni asrama kolej kediaman. Tahniah kepada penghuni blok A dan B!! Semoga program-program pembangunan insan seperti ini akan berterusan. AMIN...

Ambil perhatian kepada yang berkenaan:

Tolong nyatakan kerosakan yang terdapat di blok kediaman anda dalam satu senarai bagi setiap blog agar dapat menyegerakan proses penyelenggaraan.Mohon kerjasama daripada AJK kebajikan dan Ketua bagi setiap blok.Terima kasih.

Wednesday, April 15, 2009

KOLEJ KEDIAMAN TAKDE AIR????

Apa????kolej kediaman takde air??betul ke?ya!Memang itu la hakikatnya..Blok kediaman E dan D tiada air sejak semalam.Maka, dapat dilihat ramai hamba-hamba Allah mula mengangkut air menggunakan baldi..Sedih hati melihat keadaan mereka tapi tak mengapa, mari kita bersama-sama menadah air. Menjadi kesukaran apabila tiada air kerana segala urusan menguruskan diri tidak dapat dilakukan. Tambah-tambah ada antara kita yang sukar menyempurnakan "hajat".

Sabar ya? Penyelia asrama kolej kediaman mula menelefon AJK kolej kediaman yang tinggal di blok E. Beliau menyuruh kami mencari paip yang 'berdengung'. Kalau berdengung tandanya ada air yang disalurkan.Tapi hampa.....takda langsung bunyi air dari paip yang kami jumpa itu.Masalah ketiadaan air terus berlarutan sehingga ke malam. Secara ringkasnya, kami hanya jumpa 3 paip yang berfungsi di blok E iaitu paip di tangki belakang blok, 2 paip berdekatan "water cooler". Masing-masing mencari alternatif untuk mendapatkan air. Ada yang mengangkat air menggunakan baldi malahan tak kurang juga yang mengisi air dalam botol-botol kosong. Ada juga yang lebih kasihan,terpaksa bermandi hujan.MasyaAllah...sabarla...

InsyaAllah masalah ini tidak berlarutan,akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat.Doakanlah bersama..Moga-moga kita akan mendapat semula air di blok masing-masing.Amin....

Monday, April 13, 2009

Latihan Kebakaran..

Merujuk kepada mesyuarat antara AJK kolej kediaman yang diadakan pada 8 April 2009 yang lalu, satu latihan kebakaran akan diadakan di institut ini. Latihan kebakaran ini akan melibatkan semua penghuni asrama kolej kediaman meliputi asrama penghuni muslimin, blok A dan B serta asrama penghuni muslimat di blok C,D dan E. Pelan latihan kebakaran akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. Oleh itu,mohon kerjasama penghuni-penghuni blok kolej kediaman bersedia untuk mengosongkan asrama anda mengikut masa yang ditetapkan. Harap maklum.