Saturday, May 16, 2009

Tribute Buat Guru!!


Assalamualaikum..Selamat pagi sahabat-sahabat warga pendidik. Entri pagi ini berkisar tentang hari yang rasanya turut berkaitan dengan kita iaitu Hari Guru. Meskipun belum bergelar guru namun sebagai bakal guru, pastinya kita turut terkena tempiasnya bukan?

Anda golongan yang bagaimana di bangku sekolah dahulu? Yang baik dan sopan segala atau yang nakal bagai tak ingat dunia? Kalau anda seorang yang pelajar yang baik di sekolah, Alhamdulillah. Semoga anda terus menjadi pendidik bangsa yang baik jua. Tapi bagi yang agak nakal di sekolah, ingin kami bertanya pula kepada anda:

Anda sayang cikgu anda? Selalu kena marah? Selalu kena rotan tak buat kerja sekolah? Atau selalu kena rotan sebab anda nakal di sekolah? (kategori nakal - ponteng kelas, datang lewat + tidur di dalam kelas)... Percaya atau tidak, kebanyakan anak murid yang nakal di sekolah adalah mereka yang akan sentiasa mengingati guru-guru mereka apabila meninggalkan bangku sekolah. Ini pengakuan seorang guru yang telah mengajar lebih 30 tahun.

Hari ini, semua insan yang bergelar ustaz ustazah, cikgu, teacher atau apa2 panggilan lain yang membawa maksud insan yang mendidik, menegur dan mentarbiah tanpa memohon balasan menyambut Hari Guru. Insan yang bernama cikgu itu tidak pernah mengaku hebat, tidak pernah menyatakan lelah, tidak pernah mengadu penat, tidak mengejar nama dan populariti hanya cukup sekadar anak didiknya berjaya dengan cemerlang dengan harapan anak muridnya teguh menghadapi onak kehidupan ibarat akar yang kuat mencengkam Bumi.

Semoga kita semua akan menjadi guru yang disayangi, rapat di sisi pelajar, sentiasa berada dalam doa para pelajar kita satu hari nanti. Insya Allah. Buat bekas guru-guru yang pernah mengajar kami, guru-guru yang banyak mendidik kami dan buat sahabat-sahabat bakal pendidik, kami di pihak Pena Astana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga antum semua diredhai Allah dan berada dalam rahmat-Nya sepanjang perjalanan mendidik anak bangsa. Amin..

Tertarik dengan puisi seorang sahabat yang ditujukan khas buat guru-guru.

Terangmu bukan bulan
Yang mengambang dan menyabit
Membias sianar matahari
Kemudian hilang selepas malam
Sinarmu bukan matahari
Ada masa cerah kemudian mendung
Sepi di balik awan
Yang hanya terbit pagi
Pasti tenggelam petang
Bukan juga lilin membakar
Yang mudah padam dihembus
Menanti cair dah habis
Tidak seperti pelita malam
Marak ketika bersumbu
Memuntahkan jelaga hitam
Menanti keringnya minyak tanah
Engkau guru adalah guru
Sifu, mahaguru dan cikgu
Yang tetap terang walaupun ditengah malam
Yang tetap bersinar
walau awan berarak pekat dan berkepul
Yang tegar membakar diri biar cair
Biar kering minyak tanah
Guruku
Hanya Tuhan mampu membalas jasamu
Setiap hari adalah hari guru
Selamat Hari Guru

Thursday, May 14, 2009

Detik Semakin Hampir

Assalamualaikum..Nampaknya ramai sahabat-sahabat yang teruja mengenai isu pencerobohan lembu di asrama blok E baru-baru ini. Alhamdulillah, laporan telah dibuat dan semoga kejadian itu tidak berulang lagi. InsyaAllah...Peperiksaan semakin hampir..Detik-detik itu semakin dekat dengan kita.Semoga anda semua telah menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang bermula pada minggu hadapan. Di sini, terdapat beberapa tips bagi mengekalkan dan menguatkan ingatan. Tips ini mungkin dapat membantu anda untuk 'bertempur' di medan peperiksaan yang bermula pada minggu hadapan.

Tips Menguatkan Ingatan

1. Elakkan makan kepala ikan
2. Elakkan makan bahan dalaman haiwan
3. Elakkan minum semasa makan
4. Elakkan minum dan makan yang tercemar dengan semut
5. Elakkan makan sehingga terlalu kenyang
6. Elakkan membuang air kecil berdiri
7. Elakkan melihat kemaluan
8. Elakkan membaca nama di batu nisan
9. Elakkan daripada sering melihat buih
10. banyakkan makan bahan makanan yang mengandungi kacang soya
11. Banyakkan makan buah badam dan juga kekacang yang lain
12. Jaga kebesihan tubuh badan

Sesungguhnya perkara-perkara di atas hanyalah tips namun Allah jua yang menentukan segalanya. Maka, mohonlah petunjuk dan hidayah darinya dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. InsyaAllah..

Di kesempatan ini, diucapkan SELAMAT BERJAYA kepada anda semua. Semoga kejayaan milik kita bersama. Jangan lupa datang ke masjid malam ini. Ada Majlis Solat Hajat Perdana. Semoga setiap doa kita dimakbulkan oleh Allah. Amin..

Tuesday, May 12, 2009

Asrama vs Taman Ternakan Haiwan..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum sahabat-sahabat pendidik anak bangsa..
Anda tahu tentang kes pencerobohan??Bagi anda yang berada di blok A,B,C dan D pastinya agak musykil dengan tajuk entri ini. Tapi bagi penghuni di blok E pasti telah sedia maklum dengan perkara ini. Hal ini kerana 'pencerobohan' beberapa ekor lembu ke kawasan asrama blok E. Sabarla...Sudahlah masalah kucing-kucing terbiar serta anjing liar masuk ke kawasan asrama belum selesai..hari ini lembu pula datang menceroboh..Sabar itu separuh daripada iman...

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang itu menimbulkan kekecohan bagi sebahagian penghuni yang meletakkan kenderaan di kawasan 'parking' blok E. Mana tidaknya...Lembu-lembu berkenaan telah mendermakan BAJA PERCUMA ke tayar kenderaan mereka. Sabarla,kakak-kakak. Itu dugaan namanya..

Nyaris-nyaris kemalangan berlaku di kawasan hadapan blok E apabila kenderaan yang keluar masuk hampir terlanggar lembu-lembu berkenaan. Semoga masalah pencerobohan haiwan seperti ini tidak berlaku lagi. Jadi, mohon kerjasama kepada penghuni blok khususnya AJK di blok masing-masing membuat laporan bertulis sekiranya kejadian seperti ini berlaku lagi..Harap maklum..

Untuk tatapan anda, lihatlah 'penceroboh-penceroboh' asrama kolej kediaman kita. Bolehlah membuat laporan di pejabat HEP yang berdekatan. ^_^











Monday, May 11, 2009

Mesyuarat Lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Moga antum semua dalam keadaan yang sihat. InsyaAllah. Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan diri anda untuk menghadapi peperiksaan. Jagalah kesihatan anda kerana masa-masa yang terluang ini amat berharga sebelum kita berada di dalam dewan peperiksaan.

MyEm0.Com

Mesyuarat bagi AJK di bahagian Kolej Kediaman telah diadakan pada malam ini bertempat di Bilik Persidangan. Masyuarat yang bermula pada pukul 9.30 ini telah mengumpulkan ajk-ajk kolej kediaman dan ketua blok muslimin dan muslimat. Alhamdulillah,mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Kamil Ujang berjalan dengan lancar bersama agenda-agenda yang dibawa berjaya disampaikan dengan baik. Syukur, Alhamdulillah..
MyEm0.Com
Dalam kesibukan kita sebagai bakal-bakal guru, kita perlu tahu bahawa kita telah menerima tiga orang penyelia yang baru dan salah seorangnya akan menggantikan penyelia asrama kita yang berpindah iaitu Puan Anisah seperti yang saya ceritakan sebelum ini..Oh ya!cerita mengenai penyelia baru ini akan diceritakan kemudian..
MyEm0.Com
Sebelum terlupa, ketua-ketua blok asrama kolej kediaman dikehendaki membuat laporan bertulis kepada penyelia baru kita mengenai tahap kebersihan dan keadaan di asrama masing-masing. Sebarang aduan dan laporan boleh disertakan bersama. Mohon kerjasama daripada ketua blok bertindak dengan segera. Semoga kita dapat memperbaiki kekurangan yang timbul di asrama sekiranya ada. Bercakap mengenai blok,anda juga dikehendaki mengutip bayaran RM2 daripada setiap ahli blok anda termasuk KPLI bagi semester ini. Hanya Rm2 untuk 1 semester. Kutipan yang telah dibuat boleh diserahkan kepada Bendahari Kolej Kediaman. Terima kasih atas kerjasama anda.
Anda pasti tahu mengenai Bingkisan Salam Dedikasi Kesihatan yang ditawarkan oleh AJK Kolej Kediaman, bukan? Bagi yang belum tahu, AJK Kolej Kediaman ada menyediakan bingkisan yang istimewa buat pensyarah dan guru-guru pelatih. Murah! Hanya RM 1 bagi sebiji buah epal dan RM 1.50 bagi buah limau..Sedap dan berkhasiat..Apa tunggu lagi?Mulakan tempahan anda secepat mungkin..
MyEm0.Com
Sepanjang mesyuarat yang dipengerusikan Saudara Kamil tadi, banyak agenda yang dibincangkan. Dari agenda kebajikan pelajar di IPGM Kampus Pendidikan Islam ini seperti latihan kebakaran yang tertunda, aduan kerosakan hinggalah ke agenda Pena Astana.
MyEm0.Com
Oh ya!anda ada terbaca komen di chatbox??Saudara Kamil ada menyebut mengenai 1 perkara berkenaan blog Pena Astana ini. Sebenarnya, ada seseorang yang komen mengenai panggilan 'ana' kan??maafkan kami. 'Ana' itu mewakili barisan Pena Astana. Sememangnya barisan Pena terdiri daripada jemaah Kolej Kediama namun setakat ini dikelolakan oleh beberapa orang yang bebas menggunakan panggilan 'ana' ini mewakili kami di Pena Astana. Tetapi ada pihak yang tersalah anggap bahawa blog ini milik peribadi. MasyaAllah, kami tidak bermaksud begitu.Maafkanlah saya.. Betul!Sungguh! Ada kalangan kami masih baru bertatih untuk menjadi moderator yang baik dalam menyampaikan maklumat kepada anda. Tujuan menggunakan panggilan 'ana' sekadar ingin menjadikan blog ini tidak terlalu formal dan antum semua terasa rapat dan dekat dengan AJK di bahagian Kolej Kediaman. Maafkan barisan Pena jika tersilap hingga anda tersalah faham dan terima kasih atas respon anda.

Begitulah serba sedikit agenda kami pada perjumpaan kali ini..Sebarang cerita baru akan dimaklumkan kemudian. Sebelum berundur, ingin kami bertanya anda...
Apa mood anda??Adakah anda.....
1. MyEm0.Com Penatnya 'study'...Masih banyak yang belum diulangkaji...
2.MyEm0.Com Sudah mengantuk meskipun banyak belum dibaca...Sabar!teruskan usaha anda...
3. MyEm0.Com Anda 'study' tapi akhirnya...buku yang 'menstudy' anda..
4. MyEm0.ComAnda mahu mengulangkaji tapi anda tidak tahu mahu bermula dari mana dan apa yang perlu diutamakan..
Dan, sesungguhnya...sebaik-baiknya anda perlu seperti ini....
MyEm0.ComUlangkaji bersungguh-sungguh, gunakan masa yang singkat ini. InsyaAllah, dengan iringan doa dan restu ibu bapa, anda pasti BERJAYA!!Amin..
Ingat! Jaga kesihatan anda sepanjang minggu peperiksaan ini.. Jangan sampai anda 'jammed' di dalam dewan peperiksaan. Moga dielakkan dari segala bencana. InsyaAllah..Amin..
MyEm0.Com
Baikla sahabat-sahabat sekalian, jam telah berdetik 2 pagi,maka ingin rasanya melabuhkan layar ke alam mimpi. Pasti ada antara anda yang telah belayar ke alam mimpi terlebih dahulu..Izinkan menyusul..Wassalam..

Saturday, May 9, 2009

Peperiksaan Datang Lagi...

MyEm0.Com

Apa??Peperiksaan diawalkan?? Ya!! Tinggal lagi dua minggu lagi untuk dilalui sebelum peperiksaan bagi semester ini bermula. Sudah tentu masing-masing mula memulakan usaha-usaha mengumpulkan nota-nota yang tercicir, melengkapkan mana-mana nota yang tiada dan berulang-alik ke jabatan tertentu untuk berjumpa pensyarah bagi memudahkan urusan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan muncul tidak lama lagi.
MyEm0.Com
Bagi yang sudah bersedia daripada awal, Alhamdulillah dan tahniah buat anda. Namun, bagi yang masih belum memulakan langkah mengulangkaji, anda harus memulakannya sekarang. Atau, anda akan kebinggungan di dalam dewan peperiksaan.
MyEm0.Com
Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan? Anda sudah mula mengulangkaji? Sudah mula menghafal formula-formula atau maklumat penting? Anda telah merasai "demam peperiksaan"?
MyEm0.Com
Atau anda sekadar menunggu "soalan spot", masih bersantai dan leka atau anda nekad untuk menghadapi peperiksaan tanpa mengulangkaji?Anda dalam golongan yang mana? Buatlah pilihan yang tepat!
MyEm0.Com
Semoga insan-insan yang bakal bergelar seorang guru di bumi IPGM ini tidak termasuk dalam
orang-orang yang leka dan lalai. Berusahalah. Ingatlah! Kejayaan tak datang bergolek, tidak jatuh dari langit tetapi hanya dapat dikecapi dengan usaha yang dilakukan tanpa jemu disertakan dengan restu ibu bapa dan doa kepada Allah Taala. Semoga kita semua sama-sama mengecapi kejayaan yang diimpikan.
MyEm0.Com
Pesanan menjelang peperiksaan, jagalah kesihatan anda, dapatkan rehat yang secukupnya agar anda dalam menjalani peperiksaan dengan baik. Semoga kita dielakkan dari sebarang kesukaran. Amin...

MyEm0.Com

AKHIRNYA...

Akhirnya gambar-gambar kami semasa menghadiri Majlis Jamuan Perpisahan bersama Puan Anisah yang berpindah berjaya disertakan dalam entri ini setelah mengalami beberapa masalah. Kelewatan menerbitkan entri ini turut disebabkan oleh desakan beban tugasan dan beberapa hal lain yang tidak dapat dielakkan.
MyEm0.com
Tetapi kesempatan masa terluang yang ada walaupun sibuk dengan persediaan peperiksaan ini tetap digunakan bagi memastikan anda mengetahui aktiviti yang berlaku dalam lingkaran Pena Astana ini. InsyaAllah dengan keizinan dari Allah, blog ini akan selalu 'diupdate' dengan berita baru untuk anda. Amin...
MyEm0.com
Untuk makluman semua, Puan Anisah merupakan penyelia di pejabat pentadbiran asrama di blok C. Majlis jamuan perpisahan ini telah diadakan pada bulan lalu pada 16 April 2009 bertempat di Restoran Chaiyo Bistro. Namun, disebabkan beberapa masalah untuk "menguplode" gambar, penulisan entri terpaksa ditunda.
MyEm0.com

Apapun, akhirnya gambar semasa jamuan berkenaan berjaya jua disertakan di ruangan blog kolej kediaman ini untuk tatapan anda khususnya ahli-ahli biro kolej kediaman yang turut serta memeriahkan majlis itu. Sesungguhnya kehadiran anda amatlah dihargai.






Jelas terlihat muka-muka yang kekenyangan setelah majlis bersurai. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah. Kepada Puan Anisah, sekalung ucapan terima kasih atas jasa puan sepanjang menjalani penyelia di IPGM Kampus Pendidikan Islam ini.

Tuesday, May 5, 2009

Pemergian Demi Pemergian...

Bismillahirahmanirahim..

Beberapa pemergian insan yang disayangi amat terasa sejak beberapa minggu ini..Pemergian demi pemergian,kehilangan demi kehilangan membuatkan diri menginsafi segala kekhilafan diri dan mula muhasabah bahawa pastinya semua akan melalui detik itu pabila tiba masanya kelak..

Warga IPGM Kampus Pendidikan Islam digemparkan dengan pemergian pensyarah tersayang, Tuan Haji Nan Azmie daripada Jabatan Bahasa Inggeris yang pergi menyahut seruan Illahi pada pukul 7.30 pagi hari ini.Sesungguhnya pemergian arwah Tuan Haji Nan Azmie amat dirasai oleh semua warga kampus ini khususnya pelajar-pelajarnya. Sesungguhnya,senyuman dan keramahan arwah Tuan Haji Nan Azmie pastinya akan diingati oleh semua pelajar yang pernah diajar olehnya.Semoga roh arwah pensyarah kesayangan semua ini dicucuri rahmat oleh Allah Taala.

Bagi kami di bahagian Kolej Kediaman,pemergian ayahanda tersayang saudara Mohd Kamil bin Ujang pada 24 April yang lalu turut dirasai bersama. Takziah buat saudara Kamil sekeluarga..Beberapa kehilangan yang lain turut dirasai oleh warga kampus ini..Semoga setiap pemergian dan kehilangan diterima dengan redha.Sama-samala kita bertafakur sejenak dan memberikan sedekah Al-Fatihah buat insan yang telah pergi..