Assalamualaikum..Selamat pagi sahabat-sahabat warga pendidik. Entri pagi ini berkisar tentang hari yang rasanya turut berkaitan dengan kita iaitu Hari Guru. Meskipun belum bergelar guru namun sebagai bakal guru, pastinya kita turut terkena tempiasnya bukan?
Anda golongan yang bagaimana di bangku sekolah dahulu? Yang baik dan sopan segala atau yang nakal bagai tak ingat dunia? Kalau anda seorang yang pelajar yang baik di sekolah, Alhamdulillah. Semoga anda terus menjadi pendidik bangsa yang baik jua. Tapi bagi yang agak nakal di sekolah, ingin kami bertanya pula kepada anda:
Anda sayang cikgu anda? Selalu kena marah? Selalu kena rotan tak buat kerja sekolah? Atau selalu kena rotan sebab anda nakal di sekolah? (kategori nakal - ponteng kelas, datang lewat + tidur di dalam kelas)... Percaya atau tidak, kebanyakan anak murid yang nakal di sekolah adalah mereka yang akan sentiasa mengingati guru-guru mereka apabila meninggalkan bangku sekolah. Ini pengakuan seorang guru yang telah mengajar lebih 30 tahun.
Hari ini, semua insan yang bergelar ustaz ustazah, cikgu, teacher atau apa2 panggilan lain yang membawa maksud insan yang mendidik, menegur dan mentarbiah tanpa memohon balasan menyambut Hari Guru. Insan yang bernama cikgu itu tidak pernah mengaku hebat, tidak pernah menyatakan lelah, tidak pernah mengadu penat, tidak mengejar nama dan populariti hanya cukup sekadar anak didiknya berjaya dengan cemerlang dengan harapan anak muridnya teguh menghadapi onak kehidupan ibarat akar yang kuat mencengkam Bumi.
Semoga kita semua akan menjadi guru yang disayangi, rapat di sisi pelajar, sentiasa berada dalam doa para pelajar kita satu hari nanti. Insya Allah. Buat bekas guru-guru yang pernah mengajar kami, guru-guru yang banyak mendidik kami dan buat sahabat-sahabat bakal pendidik, kami di pihak Pena Astana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga antum semua diredhai Allah dan berada dalam rahmat-Nya sepanjang perjalanan mendidik anak bangsa. Amin..
Tertarik dengan puisi seorang sahabat yang ditujukan khas buat guru-guru.
No comments:
Post a Comment