Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pembaharuan telah dilakukan kepada blog Kolej Kediaman ini berikutan pelbagai respon yang diterima daripada pengunjung blog..AJK Kolej Kediaman turut mengambil keputusan untuk membuat pembetulan mengenai salah faham yang muncul sebelum ini berdasarkan perkara di bawah dan berbincang mengenai beberapa isu:
1. Blog ini bukanlah blog persendirian sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.Penggunaan perkataan 'ana' telah dipersetujui oleh AJK yang hadir pada Mesyuarat Kolej Kediaman yang kedua iaitu pada 11 Mei 2009.Perkara ini telah dirujuk kepada Exco Kolej Kediaman,saudara Mohd Kamil bin Ujang dan saudari Siti Hajar.Exco Kolej Kediaman bersetuju dengan penggunaan 'ana' bagi menggantikan panggilan kata ganti nama diri penulis Pena Astana yang menjadi wakil kepada warga penghuni asrama dan bahagian Kolej Kediaman khususnya.
- Perkara berbangkit:
Atas sebab salah faham sekali lagi dibangkitkan oleh beberapa pihak,AJK Seranta bahagian Kolej Kediaman telah berbincang dan bersetuju untuk menukar panggilan ganti nama sekali lagi.Kami bersetuju manggunakan panggilan PENA bagi barisan moderator Pena Astana.Mohon maaf atas salah faham yang timbul sebelum ini.Terima kasih di atas respon anda.Semoga salah faham sebelum ini tidak mencacatkan ukhwah sesama kita.
2. Rasanya masih belum terlambat kiranya kami di barisan Pena Astana dan Kolej Kediaman mengucapkan "Selamat Datang, Ahlan Wahsalan dan Welcome" kepada pelajar-pelajar KPLI ambilan Jun yang mendaftar pada 22 Jun yang lalu.Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam ini.Semoga kita dapat bersama-sama memartabatkan profession keguruan.InsyaAllah..
3. Pada semester ini,kita telah menerima kehadiran warden yang baru iaitu Encik Ali Ahmad yang akan menjadi warden bagi blok kolej kediaman muslimat,blok C menggantikan Ustazah Normah.Selamat datang ke dalam keluarga kolej kediaman.Semoga warden yang baru ini akan bersama-sama kita memacu kecemerlangan asrama kolej kediaman kita.InsyaAllah.
4. Pada pertengahan bulan ini,kita akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru sekali lagi.Kali ini adik-adik junior PPISMP ambilan Julai pula menyusul sebanyak 15 kelas.InsyaAllah.
5. Sebarang aduan kerosakan atau hal berkaitan asrama boleh disalurkan terus kepada Exco Kolej Kediaman, saudara Mohd Kamil, saudari Siti Hajar atau berhubung terus ke Pejabat Penyelia Asrama.
Semoga semester baru ini berjalan dengan baik hingga akhirnya,dipermudahkan setiap urusan kita,dirahmati setiap perjalanannya.Amin.
No comments:
Post a Comment