Tuesday, May 5, 2009

Pemergian Demi Pemergian...

Bismillahirahmanirahim..

Beberapa pemergian insan yang disayangi amat terasa sejak beberapa minggu ini..Pemergian demi pemergian,kehilangan demi kehilangan membuatkan diri menginsafi segala kekhilafan diri dan mula muhasabah bahawa pastinya semua akan melalui detik itu pabila tiba masanya kelak..

Warga IPGM Kampus Pendidikan Islam digemparkan dengan pemergian pensyarah tersayang, Tuan Haji Nan Azmie daripada Jabatan Bahasa Inggeris yang pergi menyahut seruan Illahi pada pukul 7.30 pagi hari ini.Sesungguhnya pemergian arwah Tuan Haji Nan Azmie amat dirasai oleh semua warga kampus ini khususnya pelajar-pelajarnya. Sesungguhnya,senyuman dan keramahan arwah Tuan Haji Nan Azmie pastinya akan diingati oleh semua pelajar yang pernah diajar olehnya.Semoga roh arwah pensyarah kesayangan semua ini dicucuri rahmat oleh Allah Taala.

Bagi kami di bahagian Kolej Kediaman,pemergian ayahanda tersayang saudara Mohd Kamil bin Ujang pada 24 April yang lalu turut dirasai bersama. Takziah buat saudara Kamil sekeluarga..Beberapa kehilangan yang lain turut dirasai oleh warga kampus ini..Semoga setiap pemergian dan kehilangan diterima dengan redha.Sama-samala kita bertafakur sejenak dan memberikan sedekah Al-Fatihah buat insan yang telah pergi..

1 comment:

Cg. Izwan said...

Salam takhziah!
Al -Fatihah...