Apa??Peperiksaan diawalkan?? Ya!! Tinggal lagi dua minggu lagi untuk dilalui sebelum peperiksaan bagi semester ini bermula. Sudah tentu masing-masing mula memulakan usaha-usaha mengumpulkan nota-nota yang tercicir, melengkapkan mana-mana nota yang tiada dan berulang-alik ke jabatan tertentu untuk berjumpa pensyarah bagi memudahkan urusan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan muncul tidak lama lagi.
Bagi yang sudah bersedia daripada awal, Alhamdulillah dan tahniah buat anda. Namun, bagi yang masih belum memulakan langkah mengulangkaji, anda harus memulakannya sekarang. Atau, anda akan kebinggungan di dalam dewan peperiksaan.
Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan? Anda sudah mula mengulangkaji? Sudah mula menghafal formula-formula atau maklumat penting? Anda telah merasai "demam peperiksaan"?
Atau anda sekadar menunggu "soalan spot", masih bersantai dan leka atau anda nekad untuk menghadapi peperiksaan tanpa mengulangkaji?Anda dalam golongan yang mana? Buatlah pilihan yang tepat!
Semoga insan-insan yang bakal bergelar seorang guru di bumi IPGM ini tidak termasuk dalam
orang-orang yang leka dan lalai. Berusahalah. Ingatlah! Kejayaan tak datang bergolek, tidak jatuh dari langit tetapi hanya dapat dikecapi dengan usaha yang dilakukan tanpa jemu disertakan dengan restu ibu bapa dan doa kepada Allah Taala. Semoga kita semua sama-sama mengecapi kejayaan yang diimpikan.
Pesanan menjelang peperiksaan, jagalah kesihatan anda, dapatkan rehat yang secukupnya agar anda dalam menjalani peperiksaan dengan baik. Semoga kita dielakkan dari sebarang kesukaran. Amin...
1 comment:
gud luck everyone of us!
Post a Comment