Friday, September 12, 2008

Pena Astana kini secara 'online'

Assalamualaikum w.b.t,
pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses menerbitkan buletin rasmi kolej kediaman Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS), Pena Astana. Pena Astana (PA) adalah buletin rasmi bagi kolej kediaman IPIS yang mula diterbitkan pada tahun 2007 di bawah Biro Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPIS sesi 2007/2008. Kesinambungan ini terus disambung oleh perwakilan dan biro yang seterusnya bagi sesi kali ini iaitu sesi 2008/2009 dan sekali gus menyaksikan perubahan yang ketara dalam penerbitan PA ini.

Pena Astana seperti yang tersedia maklum bertindak sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan kolej kediaman di samping memberi peluang kepada para penghuni kolej kediaman IPIS untuk menyumbangkan idea dan pendapat serta mengadu sebarang kelemahan yang mungkin dapat diperbaiki oleh pihak biro kolej kediaman.

Pena Astana kini berwajah baru dan seterusnya telah melangkah lebih tinggi ke arah dimensi baru. Selain kandungannya yang lebih interaktif dan mesra pengguna, Pena Astana kini telah muncul secara atas talian (online)!, sekali gus memudahkan lagi penyampaian dan penerimaan maklumat di kolej kediaman IPIS ini.

1 comment:

Cg. Izwan said...

Keep up ur gud job k!